View My Stats

Thursday, May 31, 2012

LARIAN KITAR SEMULA 2012




Program Larian Jom Kitar Semula ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) sejak tahun 2011.
Pada tahun lepas, acara ini telah berlangsung pada 18 Disember 2011 bertempat di Laman 1 Malaysia, Presint 2, Putrajaya. Pada tahun ini, Program Larian Jom! Kitar Semula 2012 akan diadakan di seluruh negeri (kecuali Negeri Perak, Selangor & Pulau Pinang) secara serentak.

TARIKH LARIAN: 10hb NOVEMBER 2012

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja.
Pendaftaran peserta secara online melalui www.ppsppa.gov.my atau,
Pendaftaran boleh dibuat di kesemua Ibu Pejabat Negeri Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Seluruh Malaysia. Alamat Ibu Pejabat Negeri boleh didapati menerusi laman web www.ppsppa.gov.my
Setiap pendaftaran akan menerima e-mel perakuan pendaftaran.
Setiap peserta hendaklah membawa barangan kitar semula beserta dengan e-mel perakuan
pendaftaran ke tempat penghantaran iaitu Ibu Pejabat Negeri dan pejabat cawangan PPSPPA.
Setiap peserta diminta memilih satu lokasi larian sahaja.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2012.
Pendaftaran secara manual boleh dibuat semasa penghantaran barangan kitar semula di pejabat cawangan.








No comments:

Post a Comment