View My Stats

Monday, February 28, 2011

LARIAN KEDAH SEJAHTERA 2011


ALOR SETAR – Sempena dengan sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera, akan diadakan acara larian Kedah Sejahtera 2011. Larian ini akan diadakan pada hari Sabtu 12hb Mac 2011 bermula jam 6.30 pagi.

Menurut Ustaz Mohd Rosli Azmi, Pegawai Khas Belis dan Sukan kepada YAB Mentri Besar Kedah, larian akan bermula dan berkahir di Stadium Darul Aman .

“Sebagai galakkan, 500 orang peserta pertama akan diberikan hadiah sehelai baju T, “ katanya.
Larian yang julung kali diadakan ini terbahagi kepada beberapa ketegori iaitu kategori Pelajar Sekolah Lelaki, Pelajar Sekolah Perempuan, Terbuka Lelaki 18-39 tahun, Terbuka Wanita 18-39 tahun, Terbuka Veteran Lelaki dan Veteran Wanita yang berumur 40 tahun ke atas.
“Bagi ketegori Pelajar Lelaki dan Perempuan, yuran yang dikenakan hanya RM3 manakala bagi lain-lain kategori yuran yang di kenakan adalah RM5.
“Larian Kedah Sejahtera 2011 ini akan melibatkan laluan sekitar Bandaraya Alor Setar sejauh kira-kira 7.5 kilometer.
“Hadiah yang ditawarkan bagi semua pemenang tempat pertama hingga ke 20 adalah medal manakala bagi tempat pertama hingga keempat akan di sertakan dengan wang tunai,” katanya lagi.
Untuk maklumat lanjut, pembaca boleh merujuk kepada Sekreteriat Sambutan dialamat Pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Aras 1, Blok A, Wisma Darul Amana tau layari laman sesawang
http://www.kedahsejahtera.com/.

No comments:

Post a Comment